Voting

Thursday, 16 February 2012

persinggahan

kenapa saat aku tidak lagi mengingati dirinya...dia datang kembali dan cuba untuk menjelaskan keadaan sebenarnya...adakah kau berharap bahwa aku akan mempercayai dirimu???  tidak wahai kekasihku....! dulu benar aku mencintai dirimu tetapi bila kau melukai perasaanku dengan pembohongan yang terlampau banyak...sesungguhnya aku tidak mampu lagi untuk menghadapinya buat kali ke2....maafkan aku..aku tidak dapat lagi mempercayai kata2mu..janganlah kau salahkan aku kerana tidak lagi mempercayai kata2mu kerana ianyer berpunca dari dirimu jua....kerana kau perbodohkan aku pada saat aku sangat mempercayai dirimu...tidak pernah aku bersangka buruk tentangmu....namun penipuan juga yang aku perolehi....terima kasih! kini usahlah kau bersumpah dengan nama tuhan bahawa kau mencintai aku wahai lelaki...kerana sumpahmu itu sudah tidak lagi beerti padaku...pernahkah kau terfikir saat aku melafazkan kata2 aku sayangkan kau?aku cintakan kau..? pernahkan kau fikirkan semua tu...?? kau abaikan perasaan aku...egomu terlalu tinggi hinggakan kau tidak mempedulikan perasaan aku....kini setelah aku sudah tidak lagi mampu mencintaimu kau datang kembali dengan berjanji dan bersumpah setia......yang hanya mampu aku lafazkan kini..SEGALANYA SUDAH TERLAMBAT..... tiada lagi airmata untuk ku tangisi keranamu..... maafkan aku...sesungguhnya aku mengaku sayang itu masih ada tetapi mungkin cintaku akan menjadi milik oranglain yang lebih berhak menerimanya......kau pernah memilikinya sesuatu ketika dahulu tetapi kau kehilangannya kini dan buat selamanya.....