Voting

Tuesday, 30 October 2012

STRESS....?


ANDA STRESS?? JOM CUBA CARA NIE....^_^
Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.

Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:
  • Tidur Sejenak
  • Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

  • Pengurutan
    Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
  • Mengekspresikan diri secara artistik
    Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar acting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

  • Kerap ketawa
    Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.
  • Bersikap lembut terhadap diri sendiri
    Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.
Atasi stres anda. Hidup dengan sihat dan ceria.

Monday, 29 October 2012

cinta tidak boleh dipaksa... memang hati ini tidak lagi mampu untuk mencintai sesiapa..benarlah kata orang..cinta pertama adalah CINTA..namun selepas itu bukan lagi cinta,mungkin hanya sayang,suka@ kawan dan sebagainya...begitulah yang berlaku pada diri lynn...lynn rasa cinta tidak dapat lagi hadir dalam diri ni terutama cinta kepada pasangan...walaupun ada yang cuba untuk mencintai diri ni...ingin sekali lynn memberi peluang kepada mereka namun lynn takut...lynn takut dorang menganggap lynn mempermainkan perasaan mereka apabila lynn tidak mampu untuk mencintai mereka...tetapi ini bukanlah beerti lynn masih mengharap@mencintai cinta sebelum ini..cuma lynn belum benar-benar bersedia...mungkin itu adalah jawapan yang paling sesuai buat masa ini... pada lynn lelaki yang benar-benar ikhlas dan mampu bersabar untuk meraih cinta dan mahligai bersama lynn sahaja yang mampu memiliki hati ini kembali 1 hari nanti....tp susah kot?? nak dapat lelaki yang sabar dalam pernantian untuk mendapatkan sebuah cinta dari seorang perempuan.... mungkin dalam hatinya akan terdetik mampu ke dia jadi milikku? aku tunggu lama-lama ni confirm ke dia terima aku?? kalau tak terima aku macamana?? pelbagai persoalan yang akan timbul... sukarkan? tak apa lynn redha dan akan bersabar..INSYALLAH.. lynn percaya allah swt telah menetapkan jodoh yang terbaik untuk setiap umatnya... jangan terburu-buru mengejar cinta yea...
assalammualaikum....lama rasanya dah xupdate blog nie...sbnryer..lynn lupa apa nama blog lynn ni...heheh sbb dah lama sangat tak updatekn....selamat ingat balik....^_^ semester ni lynn rasa stress skitla sebab banyak benda nak fikir dan buat... rasa cm tak boleh nak leka langsung tapi tipulah kadang-kadang tu tak leka langsungkan eheh... leka sampai tak ingat..ermmm...pape pun ni semua pengalaman lynn... kena usaha untuk berjaya....insyallah minta dipermudahkan oleh Allah swt yang maha Esa...AMIN...